Waktu Sekarang |
Jumlah Pengunjung |
Waktu Azan |
Alunan Bacaan Sambil Memerhati Blog Ini
PENGENALAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD
Maklumat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan (SMK Ahmad) mula ditubuhkan pada bulan Januari 1926. Sekolah ini mulanya diberi nama Government English School, Pekan. Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abdullah nenda Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Negeri Pahang sekarang menjadi penggerak utama penubuhan sekolah ini. Pada tahun pertamanya sekolah ini mempunyai seorang guru iaitu Encik A Ramalingam dengan jumlah pelajar seramai 35 orang iaitu 33 lelaki & 2 perempuan yang dibahagikan kepada dua darjah rendah ( Primary ) A dan B.
Pada tahun 1981, dua kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka dan seramai 58 pelajar lepasan SPM sekitar daerah Pekan dan Rompin berpeluang mengikuti pelajaran Tingkatan 6 Sastera di sini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMK Ahmad menjadi Pusat Sumber Elektronik pada tahun 1995 dan upacara pelancaran peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri pelajaran pada 9 Mac 1996. Serentak dengan itu SMK Ahmad telah dipilih untuk mengadakan kelas Muzik dan kelas Reka Cipta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring penubuhan kelas Muzik pasukan gamelan telah diwujudkan dan menjadi salah satu kebitaraan sekolah.
Satu kelas Aliran Agama ( KAA ) tingkatan 1 telah dibuka di sekolah ini dengan pelajarnya seramai 35 orang dan seterusnya pada tahun 2002 penambahan satu kelas Rancangan Khas dengan bilangan pelajar 28 orang. Program kelas Rancangan Khas ini telah berkembang menjadi 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2, 4 kelas tingkatan 3 dan 3 kelas tingkatan 4.
Menjelang tahun 2006, SMK Ahmad telah diiktiraf sebagai Sekolah Rancangan Khas dengan mengambil pelajar yang berkelulusan sekurang-kurangnya 3A 2B ke atas untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tahun 2008 SMK Ahmad telah menjadi sebuah sekolah Rancangan Khas sepenuhnya.
Sesuai dengan status SMK Ahmad sebagai Sekolah Rancangan Khas, tingkatan 6 aliran sains telah dibuka sebanyak 2 kelas pada tahun 2007. Seiring dengan perkembangan semasa pada tahun 2011 kelas Aliran Agama Tingkatan 4 telah dibuka. Perkembangan terkini di bawah kepimpinan Pn Lailatun Zalaliah bt Hussain, Pengetua Cemerlang Kanan, SMK Ahmad dengan bilangan tenaga pengajar seramai 73 orang dan staf sokongan seramai 19 orang. Bilangan Pelajar pula seramai 686 orang termasuk 251 orang pelajar sesi petang.
Guru yang berdedikasi dan pelajar yang terpilih serta kerjasama daripada staf sokongan dan komitmen yang berterusan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru diharap “SMK Ahmad, Pekan” terus mencapai kegemilangan sesuai dengan moto sekolah Bersama Menuju Gemilang

VISI
SMK AHMAD PENJANA AHMADIAN TERBILANG MENJELANG 2015.
MISI
Berusaha mencapai kejayaan dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dari segi Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.
MOTO
"Bersama Menuju Gemilang"
OBJEKTIF
Selaras dengan misi sekolah ini, beberapa matlamat organisasi telah digubal antaranya :
- KURIKULUM – Meningkatkan kecemerlangan akademik secara menyeluruh dan seimbang dengan persediaan guru yang berkualiti.
- KOKURIKULUM – Melibatkan semua pelajar dalam bidang kokurikulum dan menjana prestasi juara dalam pelbagai pertandingan dengan mengadakan program terancang dan sistematik.
- BINA INSAN – Membina sahsiah pelajar yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara bagi menghasilkan generasi ulul albab
- KECERIAAN – Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran berkualiti
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN – Menambah baik pengurusan dan pentadbiran pejabat di sekolah serta asrama dari aspek perkhidmatan, kewangan dan pembangunan institusi.